Akta Perlindungan Data Peribadi

Pelanggan dan Rakan Niaga Kami yang Dihargai

Kumpulan Syarikat Iskandar Investment Berhad (IIB) (“Kumpulan IIB”) mengiktiraf pentingnya langkah melindungi data peribadi dan privasi pelanggan dan rakan niaga kami di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) yang diwartakan baru-baru ini. Justeru, Kumpulan IIB amat komited untuk mematuhi peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.  Bagi tujuan tersebut, Kumpulan IIB telah mengedarkan kepada pelanggan dan rakan niaga kami yang dihargai dan individu lain yang sebelum ini memberikan data peribadi mereka kepada kami berhubung dengan tetapi tidak terhad kepada sebarang pembelian hartanah kami, langganan perkhidmatan kami, penyewaan hartanah kami, pendaftaran minat untuk menjadi perunding atau kontraktor kami serta mana-mana urus niaga dan transaksi lain. Sesalinan Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) dilampirkan di sini.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis membentangkan antara lainnya, jenis data yang dikumpul oleh kami dan bagaimana kami memproses data peribadi anda. Setelah anda dengan sukarela memberikan data peribadi anda kepada kami sebelum ini, anda dianggap membenarkan kami memproses data peribadi anda selaras dengan Notis [kecuali anda memaklumkan kami sebaliknya / jika anda tidak membalas Notis ini pada atau sebelum 15 Jun 2014].

Kami juga akan menggunakan maklumat ini sebagai pangkalan data pelanggan dan rakan niaga. Pangkalan data ini membolehkan kami mempelawa anda di masa hadapan untuk menyertai usaha niaga baru kami, penjualan tanah dan projek pembangunan, acara dan aktiviti pemasaran yang dilaksanakan oleh Kumpulan IIB.

Jika anda ingin menarik balik kebenaran anda bagi tujuan yang dibentangkan dalam Notis dan untuk berhenti melanggan sebarang surat-menyurat di masa hadapan daripada kami, sila tekan disini untuk menarik balik kebenaran anda atau anda boleh menghantar permintaan bertulis anda kepada kami di alamar berikut:

Pejabat Utama

Pegawai Kepatuhan PDPA
Iskandar Investment Berhad
#G-12, Block 8 Danga Bay
Jalan Skudai
80200 Johor Bahru

 

Hubungi:

Telefon: +607 233 9000

Faks: +607 233 9001

Alamat E-mel: pdpa-compliance@iskandarinvestment.com

PDF Format