Lonjak Johor sebagai kuasa ekonomi baharu / Utusan Online, 15 February 2017

Lonjak Johor sebagai kuasa ekonomi baharu / Utusan Online, 15 February 2017

JOHOR BAHRU 14 Feb. – Pelaburan dalam projek mega di negeri ini bukan sahaja dapat menjana pertumbuhan ekonomi, malah melonjak Johor sebagai kuasa ekonomi baharu negara. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedudukan strategik negeri ini di tengah-tengah ran­tau Asia Tenggara turut mena­rik minat pelabur asing termasuk dari China untuk melabur dalam pelbagai bidang. Menurutnya, dalam usaha untuk melonjakkan ekonomi negeri, kerajaan memerlukan pelaburan yang besar seperti pembangunan Forest City yang menjadi ejen pertumbuhan dengan menjana pelbagai peluang pekerjaan sehingga mampu bersaing dengan Singapura.