MTDC Rancang Luluskan RM170 Juta Dana Tahun Ini / Bernama, 10 April 2017

MTDC Rancang Luluskan RM170 Juta Dana Tahun Ini / Bernama, 10 April 2017

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), menyasarkan untuk meluluskan dana sebanyak RM170 juta kepada syarikat berasaskan teknologi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata pembiayaan itu akan disalurkan menerusi enam dananya.

Dana terbabit ialah Dana Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) sebanyak RM40 juta, Dana Pengambilalihan Teknologi (TAF) (RM10 juta), Dana Permulaan Perniagaan (BSF) (RM15 juta), Dana Pertumbuhan Perniagaan (BGF) (RM15 juta), Dana Pengembangan Perniagaan Bumiputera (BEF) (RM75 juta) dan Dana Pembangunan Teknologi Halal (RM15 juta).